Sunday, May 24, 2015

Umrah yang AWESOME dengan Andalusia Travel and Tours. Part 2.

7 Mei 2015.
Ok, serius tak ingat pada harini buat apa. Tapi memang selalu lepas umrah yang satu, esok harinya rehat. Jadi haritu... rehat lah kot? Oh ada ceramah tawaf Wada harini ni. Ceramah lepas asar. Saya tertidur, lambar masuk 30 jam. Tergelabah juga la. Tapi lepas pergi rasa tak sedap pula sebab saya sendiri tak solat lagi. Nasib baik abang saya ada dengarkan ceramah tu. Abang saya pun dia kata nasib baik lepas asar tu dia balik cepat dari Masjid. 

Masa ceramah tu, kakak saya ajak saya naik. Sebab mama baru balik masjid, kunci bilik denga saya. Jadi saya kena naiklah. Nasib baik kakak saya ajak naik. Kalau tak habis lah macam mana saya nak naik. Malu la. Dah la lambat masuk, nak  keluar cepat pulak :P



8 Mei 2015.
Harini hari Jumaat, jadi kalau boleh memang nak kejar waktu Jumaat lah. Hehehe. Ustaz ada pesan, yang jemaah wanita bolehlah merasa solat Jumaat dekat Masjid Haram. 

Buat niat dekat Masjid Tana'im/ Masjid Siti Aisyah. Mutawwif ada cakap walaupun nak pergi and balik dari masjid tu sekejap je, pak supir (driver bus) bawa bas jauh sikit. Sebab nak elak jam kaan, takut hari Jumaat nanti jalan sesak.


Sampai Masjid tu, saya, kakak and Mama pun masuklah tempat ambil wudhuk. Dah siap ambil tu, masuk solat sunat dekat dalam Masjid. Niat iktikaf jangan lupa :D

Dekat dalam masjid tu ada kucing. Comel je kucing tu. Mula-mula takut, lepas tu, bila panggil, eh golek-golek pula dia. Ingat nak main puas-puas tapi kakak tak kasi sebab bulu kucing khen, tau la khen.





Dah siap solat, saya tengok selipar saya hilang lagi. -_____-
Selipar getah gitu pun boleh hilang. Takpelah bersangka baik sebab memang agak common pun selipar tu. Dekat pintu masuk masjid tu, saya nampak selipar macam saya punya tapi getah dia hijau, saya punya biru. Bersangka baik ada orang tertukar je la. Heh. Selipar kakak saya pulak tak hilang sebab dia beli kasut lain dengan mak saya hari sebelumnya.

(Ok to be honest, masa saya belek gambar dari handphone, saya nampak selipar biru. Tapi the position macam bukan selipar saya so, saya assume selipar saya betul-betul hilang?)




Lepas tu gopoh saya pergi cari selipar lain dekat situ. Nasib baik dekat masjid memang banyak kedai tepi jalan jual selipar.

Belilah selipar plastik/getak yang ballet tu. Ketat jugak la. tapi lantaklah. Mak saya pula pergi beli kain tudung hitam. Saya masa pergi beli tu, saya pinjam kasut kakak saya. Lepastu saya pergi dekat kakak saya nak tukar kasut. Masa saya on the way ke arah kakak saya, abang saya datang cakap, semua orang dah dalam bas.


Aduih. Aduih. Maunya tak gelabah. Saya takut jadi pelambat aje.


Anyway, masuk bas, nasib baik takda apa. Bas 2 orangnya semua sporting. Baik pula tu. Best duduk dengan diorang. Gelak, buat lawak, dengan ustaz pun ada buat lawak sekali sekala.

Masuk masjid, saya dah bertekad, anywhere and everywhere I go, I must bring along my shoes. *Muka determined*


Umrah ke tiga ni, lagi mencabar. Saya dah terpisah terus dengan family saya. Jadi saya stick je dengan Mutawwif. Masa Tawaf ada la nampak abang saya dekat depan, dekat dengan mutawwif, tapi memandangkan hari Jumaat kan, jadi tempat tawaf padat, sepadat-padatnya. Bukan rindu serindu-rindunya ye tuan puan. Itu lagu tu. Lain tu. Jadi hilang lah abang saya dari pandangan saya.


Anyway, rapat-rapat sangat orang yang tengah tawaf sampai Mutawwif pun terhenti-henti tunggu orang depan jalan dulu. Orang tolak-tolak. 


Ok ni ada tips sikit.
Jauhkan diri anda atau kuatkan badan anda bila ditolak oleh makcik-pakcik yang berpegang tangan ni. Orang yang berpegang tangan ni selalunya dia tolak kaw kaw punya supaya orang yang dia tarik TETAP ikut sama dengan dia dan orang yang ditarik pun tolak je orang kiri kanan sebab TETAP nak berpegangan tangan dengan orang yang pegang dia.


Masa ni, nasib baik orang sebelah saya paut tangan saya. Tak nak la kena hempap kat situ. Iols ni...kecik je ni. Kalau terhilang pun wallahualam nampak ke tak. Alhamdulillah kuat juga kami berpaut.


Masa nak keluar dari kawasan tawaf, saya tersungkur sikit. Sebab ada hamba Allah duduk di tengah jalan. Tsk. Alhamdulillah orang sebelah tarik. Tsk tsk. Jasamu dikenang~


Masa Saie tu pula, tetiba saya dah tak nampak kepala ustaz kat mana. Ok terpaksa pakai kepala untuk mencari orang sebab, banyak orang dekat sana pakai ihram sama. Semua nampak sama ok. Lepas tu saya nampak abang saya. Wah, magik betul dia ni kejap ada kejap takde.

Dia tunjuk mana mutawwif. Jadi pergi la dekat mutawwif. Nasib baik belum start lagi.


Masa saie tu, saya tak nampak langsung abang saya. Ok nampak tapi macam biskut. sekejap ada, sekejap hilang. Tapi bila saie, habis waktu sama pula tu.


Oh, masa saie, yang last sekali, yang perjalanan 7 tu kan, kakak saya pun nampak saya. Dia hoi hoi saya tak perasan. Last dia pakai "Sarah". Baru pandang. Kakak saya dengan Mama. (masa lepas balik Malaysia, dia cerita, masa tu dia dengan Mama baru perjalanan ke 4)


Masa bertahlul tu, ustaz pilih tempat yang bahagian luar untuk bergunting and buang rambut kat tong sampah luar. Tapi kat luar ni ada tahi burung. Kaki abang saya terkena tahi burung. Hek. Saya ingat nak stay solat Jumaat la kan. Last-last tak jadi sebab rasa was-was pula aku ada pijak tahi ke tak.

Plan balik je. Ingat nak balik dengan ustaz, tapi ustaz dah jalan jauh. Tak nampak langsung kelibat ustaz. Mungkin ustaz tak balik ke apa.. tak tahu. Tapi saya balik dengan seorang akak ni, nama dia Sulastri. Harini dia Umrah seorang diri, sebab husband demam kat bilik.


Masa nak balik tu, laluan biasa yang dilalui untuk ke pintu keluar ditutup. Sebab nak prepare solat dah. Pusing punya jalan, jumpa juga jalan keluar. Yeah!


Nasib baik memang bawa selipar. Kalau tak kena cari jalan keluar untuk ke pintu yang sama je lah.


Baliklah kami menuju ke hotel. Saya kalau nak ingat posisi hotel ni, cari lorong, nampak kedai runcit buah ada jual pisang, masuk. Lepas tu belok kiri. Macam susah je kan nak cari lorong dia. Kakak ni senang je. Dia pakai petanda ada hotel opposite lorong tu je. Heh Sarah. Ada cara senang, cara cari kedai Pisang juga kau pakai. -___-


Balik hotel, Akak tu pun menuju ke lift untuk bilik dia, saya dekat reception minta kunci.. See ini lah penting letak kunci dekat reception, kalau orang lain yang balik dulu boleh terus masuk bilik takyah tunggu key holder. 


Balik bilik, saya tunggu kakak, mama and abang saya. Saya ambilkan makanan untuk mama ke kot. Saya tak berapa ingat.


Tapi, bila mama balik dengan Kakak saya, diorang pulak hilang kasut. Alahai.... sedihkan? Maknanya kakak saya and saya hilang dua kali, mak saya baru hilang sekali.


Waktu maghrib ke Isyak, ikut mama and kakak saya ke Masjid. Masa ni.. rasanya saya tak berapa nak sihat. Berhingus. haha k, tak nak cerita dah.


Disebabkan esok ada lawatan ke Gua Hera' mak saya lepas solat isyak tu cari-cari kasut untuk cari kasut sesuai sikit nak mendaki. Ye la, melainkan anda tak kisah, boleh je pakai selipar. Antara selesa dengan tak ajelah. Tapi mama saya mengantuk, jadi tak beli pun. Mama ada suruh saya, kakak saya and abang saya turun malam sikit nanti untuk belikan kasut. Tapi kami malas. hehehehe. Dah naik malas lah nak turun. Jadinya tak turunlah. Hek hek :P





Post a Comment