Friday, July 24, 2015

Umrah yang AWESOME dengan Andalusia Travel and Tours. Part 4.

10 Mei 2015
Walaupun saya tidur, tapi saya mamai-mamai. Saya dengar Mama and Kakak bersiap nak ke masjid. Tapi saya mamai tahap  "Eh, I cannot move my body. kroh krohh krohh" Tido balik.

Last-last saya sedar yang Abang saya yang kejut.~


Rasanya lah.

Tawaf wada ni, mutawwif tak ikut. Tawaf ni buat sendiri-sendiri.
Anyway, ustaz ada kata nak tawaf wada ni, kalau nak buat zohor sekali jemaah kena buat tawaf tu macam separuh and separuh lagi sambung lepas Zohor. Tapi kami buat macam ni, Ok, saya, Mama dan kakak buat without Brother because tak ingat~ Kami buat lepas Zohor.

Masa sebelum Zohor, kami pergi Masjid. Lalu kedai makan Tazaj. Abang memang dah lama nak ayam kat Tazaj. Tapi tak dapat. Lepas tu Mama ada kata, nak singgah makan dulu tak sebelum tawaf. Saya and Kakak cakap takpelah. Padahal perut kruuk kruuuk. Hekhekek.


Kami tawaf dekat tingkat 2 sebab panas pulak hari tu, tingkat dua macam ada bumbung. Masa tawaf tu... sedih kot. Walaupun iols jarang ke Masjid, to be honest I miss staring blankly at the Kaabah. I miss that.

Masa lepas tawaf mama ada cakap doakan kami supaya dapat datang lagi.  

AISHHH masa type ni rasa rindu membuak-buak pula. :(


Lepas tawaf, makan sikit rasanya. Lepas tu tunggu dekat bawah.

Masa malam nak pergi gua Hera rasanya, ustaz Hafizul ada pesan, beli masking tape and tape our name, mutawwif's and nombor bas. And that's what we did.

Lepas dah makan, lepak dekat lobi. Sambil cuba online. Phone saya takleh online kat situ, tapi phone satu lagi boleh. jadi online tak buat apa sangat lah. Main game je banyak.


Kami pun naik bas bila dah dipanggil.

Bas aircond dia slow. Hahaha.. saya ingat kawasan saya je slow aircond. Rupanya bila saya jenguk kat tempat lain, orang lain pun check-check angin aircond dia. Hehehe. 

Ustaz Andy dah ada cerita sebelum ni, hal aircond ni kecil je, bayangkan Rasul dulu, takde aircond. So, takpelah kan, sabar lah. Sekejap je. 6 hours je from Makkah to Madinah naik bas.

Ngeee...


3 jam perjalanan, kami berhenti dekat satu tempat ni. Ustaz Andy kata, solat dekat situ. Solat asar Qasar. Maknanya, solat Asar 2 rakaat je. :) Takyah Jamak lah, dah solat Zohor kat Makkah :D





Ustaz Andy juga ada kata, kami akan makan nasi Arab. Tapi satu meja kena ada 5 orang dulu, baru boleh makan. Haip!

Dekat sana, masuk toilet, ambil wudhuk , toilet bersih kat sana. Insya-Allah. Jangan risau. :) Masuk surau, solat.

Lepas tu, kami pergi ke tempat makan.

Saya duduk dengan Mama and Kakak. Abang saya dah ada geng sendiri. PEMBELOT. :P


Tunggu and tunggu. Mula rasa macam the unpopular kid in school.

Tapi makanan tiba-tiba datang ke meja kami. Ustaz Hafizul datang and cakap "Lima orang"

And then datang akak ni dengan opah. YEAYHAHAY!!


Kami bersembang. Rupanya akak tu ada buka kedai makan ikan paten dekat Sungai Buloh. Saya cakap lah saya selali makan dekat Rase le lagi/ Mai le lagi. Aish lupa nama kedai.

And akak tu ada cerita kedai dia. Tapi saya lupa nama kedai dia. Too bad. Takpe nanti saya tanya Mama dia tahu kot. Takpe ada rezeki boleh pergi, ada jodoh boleh jumpa. Eceh ayaaaat :P


* dah tau nama kedai dia. Dapor Designer. Cari kat instagram yeh :)
Waktu makan pun tiba. Alert gambar makanan.




Dah siap makan, kami rehat dulu dekat situ. Sambil jalan dekat luar, ada orang order kopi la apa la.. Ada orang beli air gas. 




Ni gambar dekat kawasan rehat tu. Lepas makan kami rehat dulu dekat luar bas.






Sambil rehat tu tangkap gambar. Cantik scenery dia :)





Kami pun teruskan perjalanan menuju ke Madinah.


Dalam bas ustaz Andy ada cakap, esok jemaah wanita akan ikut mutawwif perempuan untuk ke Masjid Nabawi dan melawat Raudhah.

And tak silap mungkin la.. mungkin, sebab saya tak berapa ingat, dok tangguh nak siapkan blog post ni. ampun :) Mungkin ustaz Andy cakap ada taklimat.






Sampailah kami di hotel Mubarak Silver pada waktu malam. Hotel ni lain sikit. Dia macam banyak pula orang. Masa kami dekat sini ada orang pakistan juga duduk dekat hotel ni.


And kami pun menuju ke bilik selepas di agihkan kunci. Kami berempat tidur satu ilik yang ada 5 katil. Haha katil yang tepi dinding tu kami letak beg. Haha save space ongputih kata. bilik ni aircond dia dia auto, jadi brrrrrrsejuk la juga.

*Saya tak ingat lepas ambil kunci terus pergi bilik atau pergi makan. Sebab kami makan agak awal is, dekat sini waktu makan strict sikit. Ada limit. Kalau bukan waktu makan memang gelap kawasan makan ni. Pernah tersilap tekan lift and it was daaaaarkk.

Mama kata dalam pukul 11 nak pergi masjid kot. Sebelum pergi Mama ingat nak tidur kejap. Tapi saya tunggu punya tunggu, saya cakap, kalau pukul 12 am tak pergi lagi, saya ingat nak solat sendiri aje dalam bilik. Sebab dah mengantuk juga. Tapi last-last saya pun tertidur. KOHKOHKOH.







11 Mei 2015.


Saya terbangun. YA RABBI dah pukul 5 pagi, saya tengok jam. Apa lagi terus ambil wuduk sebab dekat sini selau pukul 4.30 am dah subuh. Nayo den dekat Madinah buat hal pula. Tapi saya tengok tingkap macam gelap lagi. Pastu tengok jam balik. Laaa.. Baru pukul 2 pagi. Jam tu senget, jadi confuse heih.




Jadi solatlah saya dengan hati yang gumbira. HOHHO kelam kabut naah.




Dah pagi sikit tu, lepas sarapan, taklimat untuk jemaah perempuan untuk ke Raudhah. Taklimat ni beri sedikit sebanyak gambaran macam mana dekat Raudhah tu. Saya yang sebelum ni tak pernah tahu pun apa Raudhah. Haha yang saya tau Siti Raudhah sepupu saya. Ngagagahhaha. k fine tak funny. Tapi nak shortkan story mory nye, Raudhah ni tempat mustajab doa :)




Kalau nak masuk Raudhah, mutawwif perempuan tu (Saya rasa lebih baik saya panggil ustazah because she's older than me and i feel like I'm being disrespectful if I call her "perempuan" instead of makcik) kaum wanita ada waktu dia. Tak macam lelaki, diorang boleh masuk raudhah anytime, tapi perempuan ada masa dia. Bila nak masuk beg akan diperiksa takut-takut kalau ada Kemera. Tak taulah camera phone boleh ke tak, tapi selama saya pergi boleh aje. Mungkin kamera yg besar gedabak macam canon or dslr to be precised tak boleh kut. Selipar pula pesannya bawa sekali kot. Sebab tak boleh gerenti ada lagi ke tak dekat tempat kita letak selipar bila kita nak balik.


And hari ni pun ada lawatan ke perkuburan baqi'.


Siap taklimat, kami pun menuju ke masjid Nabawi. :)

Berjalan kaki and tak jauh pun. Sekejap je.


Dekat pagar Masjid tu, Mama ambil wudhuk. Pakai spray. Heheh.. Lepastu sebelum masuk pintu, ustazah ada cakap nanti akan diajar macam mana nak beri salam etc.



Dan kami pun masuk ke dalam masjid dan menuju ke Raudhah. Saya bawa selipar sekali sebab paranoid. Tak mahu berjalan kaki ayam lagi. Hahaha. Tapi kena tunggu giliran. Banyak juga kumpulan dari negara nak masuk. Sambil tunggu, sambil minum air zamzam. Sedap aaaiih.


Sambil tunggu tu kami ada baca doa and selawat for Nabi :)

Tunggu punya tunggu, masuk la kami ke dalam. It was |crowded|  Sangat. Saje je letak "|" dekat crowded tu just to show you how small i felt when i was there. People pushing here and there. God. CROWDED subhanallah.


Masa nak solat dalam raudhah ada "pengawas" cakap "Ibu, sini Raudhah" yes, the worker/pengawas there can speak malay. They also can speak arabic, urdu etc. Perlu kot nak belajar banyak bahasa. Senang nak cakap dengan orang yang tak faham bahasa lain.


Masa nak solat tu, waktu sujud, memang kena perhati sebab kalau crowded sangat boleh dihempap. Let me tell you again. Very crowded. Saya tak nampak pun mana kakak saya.

Selesai solat, saya tunggu Mama. Mama sempat solat lagi sekali. Saya rasa saya solat sekali je kot, sebab bagi chance orang lain solat. 

Mama solat dekat dengan ustazah rasanya. Ustazah dah selesai solat, dipanggil kami untuk keluar. Saya panggil jemaah andalusia seorang dekat sebelah saya untuk keluar sebab ustazah dah panggil. Tapi dia cakap "Nanti ustazah panggil saya" Lebih kurang macam tu lah. Wallahualam. Jadi saya keluar jelah. 


Sampai dekat luar sikit, ustazah tanya, mana makcik seorang tu? Rupanya makcik yang cakap dengan saya yang dia tunggu ustazah tu. Saya cakap lah dia tunggu ustazah. Lepas tu ustazah masuk balik and suruh kami keluar dulu. Kakak saya dah tunggu luar rasanya.

Kami tunggu ustazah and ada dua makcik ni, saya taktaulah apa pertalian diorang. Tapi dari Makkah sampai Madinah berdua aje. Salah seorang makcik ni terhilang selipar.


Kami pun cuba cari tapi tak jumpa. 

Kami pun bersama jemaah lain menuju keluar sikit dari pintu masjid. Lepas tu berhenti sekejap. Dan kami baca doa untuk perkuburan baqi'.

Saya tak ingat sebab apa kami tak pergi betul-betul ke perbukuran baqi' sebab meemang kami jauh dari perkuburan tu.


Lepas berdoa ustazah ada cakap boleh beri nama kepada dia kalau nak wakaf quran. Sebab kalau kita beli sendiri mungkin al-Quran tu bukan yang dipakai di Masjid Nabawi, al-Quran tu akan diberi ke masjid lain. Dikutip dan dibuang.




Ustazah juga ada cakap esok ada lawatan ke Masjid Quba. Sebelum pergi esok, lebih baik ambil wudhuk dari hotel. Sebab ada fadhilat solat dengan wudhuk dari rumah/tempat tinggal. Fadhilatnya ialah bagi setiap solat sunat dua rakaat, ganjarannya ialah sama dengan mengerjakan satu umrah. (Saya google tadi sebab tak ingat ayat fadhilatnya)


Tapi ustazah ada cakaplah walaupun fadhilatnya sama dengan mengerjakan satu umrah, of course lah mnegerjakan umrah betul-betul lagi best. Bak minum air kordial and minum air kosong. Dua-dua dapat mengilangkan dahaga tapi cuma satu minuman itu je yang beri perasa sikit :)


Ustazah pun ada cerita pasal kebaikan solat jenazah. Lebih-lebih lagi solat jenazah dekat Masjidil al-mukarramah and Masjid Nabawi. Saya tak ingat berapa banyak pahala dia tapi macam ber-qiraat-nya banyaaaak. Hahaha.. Kirat ke qiraat saya tak tau pula nak eja macam mana.




Selepas tu, kami pun menuju balik ke hotel. Dekat pagar masjid banyak orang berjual beli. Ada jual baju, jubah, tudung, cincin, buah etc. Banyak. And kalau nak berurusan jual beli dengan diorang boleh aje cakap bahasa Melayu. :D



oh. saya rasa saya tak bawa phone sebab takut. Tapi hari lainnya saya bawa :)




















No comments: