Saturday, May 23, 2015

Umrah yang AWESOME dengan Andalusia Travel and Tours. Part 1

(When Sarah procrastinates, she procastinates real hard, Tuhan bagi aku istikomah nak siapkan entri ni. Amin. Entri ni tak  taulah berapa panjang )


Assalamualaikum readers, friends and mungkin family sendiri yang terserempak blog ni. Ni cuba nak update blog pasal Umrah dengan Andalusia. Dari minggu lepas lagi, tapi, lepas balik Malaysia, saya demam panas pastu balik kampung. Ni pun batuk sikit-sikit ada lagi. Anyway lets start :D


*Dekat blog ni selalu pakai Aku-Kau tetapi memandangkan this blog mungkin dibaca oleh seseorang atau sesiapa yang lebih matang usianya dari saya, jadi pakai saya pakai sayalah yep :) dan saya minta maaf kalau bila korang baca ni rasa macam awkward bahasa melayu saya. 




4 Mei 2015 Saya dan keluarga ada mengerjakan ibadah Umrah dengan menggunakan perkhidmatan Andalusia travel and Tours. Sebelum pergi tu, saya ada baca dekat internet how was the service and all, ada yang buruk and ada yang ok sahaja.



And saya punya pengalaman pulak, IT WAS AWESOME :D so, mari mula :)





Sebelum mengerjakan ibadah  umrah di Tanah Suci, adalah lebih digalakkan untuk pergi ke kursus sekurang-kurangnya dua kali yang diadakan di Ibu Pejabat Andalusia pada setiap Sabtu dan Ahad. Penting tau, ada sesetengah benda yang memang saya sendiri tak tahu pun, saya baru tahu.


Dah siap kursus, jangan lupa buku Biru, tak silap saya buku tu free kot untuk jemaah andalusia. Kot ye.  And jangan lupa beli buku doa, yang macam buku bertali tu. Saya beli yang dekat luar pejabat Andalusia, It was 10 ringgit. Yang ni bukan buku dari Haji Daud Che Ngah. 





3 Mei 2015.

Lepas Isyak kami sekeluarga bertolak ke KLIA 2 untuk mendaftar diri dengan andalusia, oh abang saya dia pakai ihram dekat airport. Kena ada dekat sana pukul 10.30 pm kot tak silap. ke pukul 10? Sampai di KLIA 2, kami diberi Tag nama, pelekat beg dan beg makanan yang berisi biskut. Memandangkan kami berempat, biskut tu boleh kata banyak lah juga. Tapi sedap. HOHOHO.

Pukul berapa entah, saya tak berapa ingat, ada taklimat, bacaan doa etc. 




4 Mei 2015.





Masuk flight gate Q4. Berlepas dengan menaiki Air Asia X D7 0170 . Saya, mak saya dan kakak saya duduk dalam satu row seat yang sama. Saya dekat bahagian luar, Sebelah kanan saya, abang saya yang ada dalam row seat tengah. Mutawwif (ni kira ustaz and traveler guide) duduk dekat depan abang saya. 

So adalah terfikir, "YES, DUDUK DEKAT MUTAWWIF. SENANG DIA KEJUT SOLAT SUBUH. MWHAHAHAHAHA". Sebab flight pukul 2.30 pagi memang tidur je lah kan kan kan. Hehehe...



Cuba tidur masa dia tengah take off. Tidur la ayam sekejap. Pastu buka mata rasa plane tu macam keadaan ascending lagi. pejam tutup mata pun rasa benda yang sama. Orang kiri kanan sedap tidur, saya tak boleh. sebab lapar. I can't sleep if I'm hungry. Tak lama lepas tu, pramugari, pramugara check boarding pass untuk waktu makan. Dalam hati tergelak riang. Bakal mencekik sebentar lagi. 


Nasi Lemak. Sedap. 


Dah siap makan tu, lampu dimalapkan, banyak jemaah dah nak tidur balik. Saya seorang je terpusing sana sini cari posisi. Sampai kakak kata "Duduk diam-diam boleh?".


Last-last amik bantak U sangkut dekat leher. Bukan sangkut macam biasa tapi sangkut kedepan. Lantaklah pelik. Saya nak tidur. Rasa bengang jugak tengok orang lain boleh sedap je tidur. Abang saya tidur straight je la badan dia. Dia ada cakap sebab nak jaga kain Ihram tu. Kuikuikui. Straight beliau tidur.






Tak lama lepas tu, Hari makin cerah. Mama dah panik, Mama tengok orang sebelah kanan sekali macam solat (Tapi sebenarnya tengah tidur) Mutawwif tak suruh solat subuh lagi ke. Saya pun depending je dekat ustaz tu. Abang saya tanya ustaz dah boleh solat ke? Ustaz punya jawapan saya tak ingat tapi... pada masa tu, saya ada feel. Feel yang mengatakan ustaz ni macam first time je.


Ustaz pergi ke depan, mungkin pergi tanya pramugara/pramugari. Dia balik and cakap boleh solat dah.


Spray dibawa keluar. Siapa yang pergi kursus umrah Ustaz Daud Che Ngah mesti tau apa fungsi spray tu.


Tahu untuk apa?


Untuk wudhuk. Taknak renyah, tak payah beratur untukk ke toilet untuk amik wudhuk :D


Lepas berwudhuk pakai spray, kita solat lah :D



Tak lama lepas tu, wuh. panjang pulak nak taip ni. Ni baru first day ni. Fuh. Istikhomah ye Sarah. God give me strength.



Diumumkan oleh kapten atau pramugari/pramugara akan melalui kawasan miqat.. diingatkan untuk memakai pakaian ihram. Saya bawa keluar tudung yang warna putih dan pakai. Nak niat boleh dah tapi tunggu kejap.


Sekali lagi pengumumam dibuat. tapi tak clear.


Takk niat lagi. Entah, maybe sebab nak tunggu masuk Miqat kot. Lepas tu tanya ustaz, dah masuk ke belum sebab the pengemuman macam tak clear. Mama tanya pramugara ni, dia cakap dah boleh, kami bertiga pun niat bersyarat.



Waktu makan! Hmm... makan apa ek. Oh ya, sate :)




Tak lama lepas tu dari tingkap dah boleh nampak kawasan bawah macam tak familiar. Macam padang pasir. Nampak tandus. Hati rasa excited.


Sampai je King Abdul Aziz Airport, rasa macam kagum dekat architecture luar bangunan. Sebab macam unik la. Tapi bila masuk, baru tahu, biasa je. and macam kosong je airport tu. btw, masa nak ambil beg tu, saya pergi dengan kakak saya. Pergi tempat beg pusing-pusing tu. Abang saya dia tunggu tempat beg lain. Tempat salah. heheh. Saya pun panggil dia suruh tunggu dekat sikit. Tapi Rasanya dia tunggu Mama balik dari toilet.


Masa saya tengah nak ambil beg, dapat lah satu beg, masa tu, mama and abang saya dengan kakak saya dah tunggu dekat tempat berdekatan. Ada 2 lagi beg besar, jadi saya pergi balik tempat beg pusing-pusing tu.  Tiba-tiba ada pekerja ke apa dia start bercakap dengan saya terus takde mood, and panggil abang saya yang buat. Sebab dekat airpot ada taklimat dah cakap. Kadang-kadang diorang ni nanti angkat beg, minta duit pulaks. tu yang malas tuh.. Iols dah la tak pegang duit. Nak peras ugut pun memang tak aa. Aku tendang kang.

Amaran: Toilet agak kotor. k. tu je nak cakap. Prepare your mental and brain to brain everything.


Mama suruh pergi toilet, saya dengan kakak pergi lah dulu. Kami balik and tunggu dengan Mama. Tunggu abang sebab dia pergi last sekali ke toilet. Lepas tu Ustaz yang dari tadi yang sama kapal terbang dengan kami tu, yang juga mutawwif tu datang and cakap "Makcik tunggu saya ke..." dekat Mama.
Hekhek ustaz perasan. hekhekhek.


Jahat kau Sarah gelak ustaz. hikhokhik sorry kalau ada ustaz/ustazah andalusia yang terjumpa blog ni yang terasa. hekhekehekk


Dari airport, nak ke Makkah naik bas.Sebelum naik bas, mak saya beli kopi and some bread for us. tapi saya punya panik, bilaberjalan tolak troli, with tray of coffees nak ke bas saya tertumpahkan sikit. sebab jalan agak tak licin and tray dia bukan lah tray sangat. Cardboard je.  Bas saya sekeluarga dan beberapa(bukan beberapa sangatlahbanyak) jemaah lain duduk dalam bas dua seperti yang tertera dekat tag nama Perjalanan lebih kurang dua jam. Dalam bas 2 tu, Mutawwif lain pulak memperkenalkan diri. Namanya Ustaz Andy Saputra. Mutawwif yang ada bersama dalam kapal terbang tadi jadi mutawwif Bas 1. Ustaz Hafizul.

Yang vest biru tulah Ustaz Andy :)
Nak gambar betul-betul lambat pula dia upload. Tunggu kejap kot insya-Allah
Gambar ni masa dekat Madinah dekat ladang kurma.


Dalam bas tu, Ustaz kutip our passport atas sebab senang la, kalau kita simpan takuit hilang pulak kaan? Lepas tu, dalam perjalanan ke Mekah, ustaz cerita dia dah dengan Andalusia for about 4 years. tak ingat cerita dia macam mana tapi macam ni lah lebih kurang, Dia kerja dengan Andalusia, lepas tu dah tak kerja dengan Andalusia. Lepas tu Andalusia panggil dia kerja balik. Wallahuallam. Tak ingat. Ampun.


Dalam bas, ada talbiah, and ustaz pun faham kami masih penat, jadi dia beri kami rehat.

Jadi saya pun tidur. Tidur deep yang amat. sedap sangat. Perjalan about 2 hours kot. Bila nak sampai tu, Ustaz cakap, Memandangkan dah nak Zohor, lebih baik kami mula tawaf pukul 2 petang sahaja.

Sebab kalau dah nak dekat waktu solat, memang wanita akan akan "dihalau" dari kawasan tawaf. Sebab itu akan jadi Saf lelaki.



Sampai hotel, ada taklimat lagi,



  • Cara nak ikat tag nama dengan betul
  • Ambil Kad hotel, in case kita sesat, tunjuk je card.
  • Rajinkan bertanya. Cakap Melayu je pun boleh.
  • Kunci sila tinggalkan di kaunter.
  • Tingkat P stands for perut. Maknanya makan situ.
  • Ustaz pun ada cakap tak yah la bawa phone, dia duduk dekat Mekah dah lama tak bawa phone pun.



Lepas tu ambil makanan. Bekas Makanan tu ada tulis Mr. Sate tapi dalam tu bukan sate.


Sampai je bilik, bro tipskan orang yang angkat beg. OH YA, KAMI TINGGAL DI HOTEL HERAA :)


Kami makan, lepas makan, mak saya suruh cari barang itu dekat beg tapi masalahnya beg berkunci and was kind off messed up last last my bro kata "Tido je la dik"


And off I went to bed.


Lepas tu, bersiap untuk tawaf.Turun bawah lobi Hotel, Ustaz kasi taklimat lagi, and Ustaz Hafizul katanya masa Saie tu, jangan kejar mutawwif, jangan pulak cari bakal suami dekat situ. Heks.


Kami pergi tawaf. Jarak dari hotel kami dengan Masjid Haram about 690 metres kot.(wallhualam) Tengok kat surat khabar. Walaupun jauh tapi, rindu lah. :') Jauh berjalan, banyak pahala. kan kan kaaaan?


Kasut kami letak dalam plastik and tingggalkan dekat dengan selipar Mutawwif. Masuk dalam masjid gate 79 tak silap saya. ke 89.



Masuk kawasan Tawaf. First time tengok Kaabah depan mata. Rasa kosong. Rasa "eh aku kat sini ke" Rasa macam blank. Apapun teruskan tawaf 7 pusingan. Lepas habis, terus ke tempat saie. Dekat Saie ni, dear ladies, you might loose your man here. Because you see that green light, there's when they will start berlari anak. Sunat for them.


**Rindu pula masa saie, suara mutawwif sekejap dekat, tiba-tiba jauh di depan dah. ngahaha.



Anyway, siap ber-saie bertahlul la kami. Saya bawa gunting :D

Sebenarnya masa ni dah terpisah dengan mak saya and abang saya. Tapi masa orang lain sibuk bergunting lagi, saya nampak mak saya and abang saya. Saya fikir nak balik dah. Ustaz pun dah "Jom Balik"




Mama nak stay jadi saya, kakak saya pun stay lah. Sebenarnya saya tak berapa nak. Sebab saya dalam keadaan was-was. You know. hmmmp. 


Stay sampai maghrib, lepas tu saya cakap mak saya, kena balik. Sebab dah tak selesa. Balik lah kami. Rasa bersalah juga lah. Tapi lepas tu memang, kakak saya je ikut mak saya. Sebab saya memang dalam keadaan was-was. I didn't want to risk anything. So yeah.



Balik hotel, abang saya ambilkan makanan kot. Oh dear Malaysians, jangan risau, they served us rice. The lauks pauks pun almost Malaysians. So don't worry :D






5 Mei 2015
Semalam ustaz dah memang cakap harini takda aktiviti. Jadi jemaah agak bebas. Mama and kakak saya lebih banyak meluangkan masa dekat masjid. Saya, macam saya cakap saya was was jadi, saya duduk bilik je :)



Tak ada benda sangat kot nak cerita so, kita jump terus the next day ye, the next day, Umrah kali kedua. Umrah dengan Andalusia ni senang. 3 kali Umrah, semua ada mutawwif. YEAY!!



6 Mei 2015.


Umrah yang kedua jadi kena ambil niat balik. Nak ambil niat dekat Masjid Ja'ranah. Sebelum pergi sana, kami dengan menaiki bas lalu Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur (Arafah), Mudzalifah, Jamrah and Mina. (ok saya tak ingat sangat. Saya tulis based on kertas yang diberi Andalusia masa dekat Airpot je ni. Tapi memang lalu la bukit tu semua. Dekat bukit apa entah, mama and abang ada beli macam booklet about Mekah and Madinah. Bila tengok balik gambar tu rasa sayu rindu :(





Dekat Masjid Ja'ranah, kami ambil wudhuk and solat Sunat dekat dalam. 


Jangan lupa niat iktikaf yeh :)



Lepas tu, bertolak ke hotel balik. Sebab apa tak ingat. Tapi saya gunakan waktu tu untuk menggunakan toilet. YAS. Dah tahan lama. Abang saya pun balik bilik sebab nak letak beg dia letak baju salin Ihram tadi. 


Mama dengan Kakak saya pergi tingkat P that stands for PERUT. Perut maknanya tempat makan :D



Minum sikit kot sebab nanti kat masjid Haram bilanya nak makan kaaan?


Masa Umrah kedua ni, memang terpisah dengan Mama and abang betul-betul dekat pintu.


Dekat tempat letak kasut lepas masuk kawasan masjid tu kaan, Ustaz ada kata kalau takut kasut terhilang boleh bawa sekali. Saya tak berapa dengar sebab apa boleh bawa, ustaz ada explain tapi saya yakin insya-Allah kasut tak hilang padahal selipar abang baru hilang semalam. Dalam pada yakin tu adalah juga feel sesuatu.


Oh, kan saya dah terpisah dengan mama and abang saya, saya dengan kakak saya je . Saya fikir, kalau apa-apa hal, at least I'm with the mutawwif. Siap tawaf, waktu zohor dah dekat, jadi kami solat zohor dulu dekat mana tahu, dekat kawasan solat jenazah. Lepas solat kan, memang diadakan solat jenazah dekat masjidil Haram. Anyway, lepas zohor ada jenazah yang saya nampak diusung keluar. dalam kepala saya macam-macam fikir. Doa aje banyak-banyak dekat tuhan. 



And ada juga lah saya dah niatkan dalam hati nak pinjmakan dekat mak saya kasut saya sebab kasut mak saya tu consider tinggi lah jugak untuk berjalan jauh.



Lepas tu, kami pun menuju ke tempat saie. Masa saie tu, kakak saya tercari mama, saya cakap, biarkan sebab hari tukan ustaz ada cakap, jangan cari sesiapa. Buat aje saie.



Lepas saie, kami pun bertahlul. Tahlul ni tahu kan, potong rambut sikit :)


 (Jap saya nak cakap muka ustaz nak tahu tak macam mana? Everytime siap tahlul, dia tengok jemaah dia, lepas tu ajak balik. Masa saya tengok muka dia kan, saya memang selalu observe orang tolong jangan rasa creepy please. Muka dia macam seorang ayah yang caring. Perg, sampai gitu weh rasa deep gitu)



Kakak saya macam nak tunggu mama rasanya, tapi saya fikir lebih baik kami balik aje, sebab takut apa-apa hal, at least Mutawwif ada. Ha gitu punya setia dekat mutawwif. 



Masa pergi dekat kawasan tempat letak kasut, kasut kami hilang. Kasut saya and kasut kakak berbalut dalam plastik yang sama. Tak silap saya letak dekat tempat 80. Dah asyik belek punya belek 80 takde weh, saya sendiri jadi confuse 80 ke 70 letak tadi.



Kasut beberapa jemaah lain pun ada yang hillang. Saya jenis lambat sikit redho ni, ok tahu perangai tak elok. Cuba juga cari. Sampai ada makcik tu offer nak tolong belikan kasut.



Tapi kakak saya tolak sebab dia ada bawa duit so kami boleh beli nanti. Last-last dah give up, saya dan kakak pun pergi lah cari kedai. Masuk kedai Bin Dawood tu, ingat nak beli selipar je lah kan. Tapi selipar kat dalam tu, shape nya crocs, jenamanya lain macam, mahal pulak heh. 


Last-last dengan berkaki stokin (nasib baik pakai stokin dua lapis uols, takdelah geli sangat nak memijak jalan orang ludah sini sane -__- ) pergi kedai yang jauh sikit tapi, dekat sikit dengan hotel, beli selipar getah bbiasa sorang satu, 20 riyal 2 pasang.


Nak pakai ringgit kat sini pun boleh bebeh. Laku je bebeh.



Dengan selipar itu, kami pun balik ke bilik. Saya terus mandi, cuci baju, cuci stokin. Mama bawa sabun Yeay!! Tapi kalau nak laundry pun boleh. Tapi alang-alang bawak sabun cuci je la kaaan.




Hilang kasut sampai rasa nak demam. Hahaha. Cerita betul ok. Iols sedih sampai duduk dalam selimut hurung diri sambil doa semoga jumpa balik kasut tu.



Mama dan abang balik lambat. risau lah juga.


Tiba-tiba pintu diketuk. Rupanya abang balik bilik. Lama sikit lepas tu baru Mama balik. Bila Mama balik lega sikit. 



Saya hilang kasut sampai termimpi rasanya. Parah tak? :P


Ps: Ustaz Hafizul sebenarnya dah 4 years (kot) with Andalusia. Bro told us :)



Kalau ada soalan, macam  kos, pakej, boleh tanya iols dekat

ask.fm/sarahrostin

Baru buat tu. Hahah :P

Salamat.

Assalamualaikum.

No comments: