Thursday, April 2, 2015

I serius lee nid to write samtink.

Assalamualaikum. :)

Harini, semalam, dua hari lepas, rasa down. Sebab ada masalah sikit. Masalah yang kalau boleh dapat diluahkan, tapi tak kesampaian demi menjaga aib orang.


Ugh. Sakitnya tuh di sini bro. Di jantung gwe yang berdetaknya laju. Laju semakin laju sehingga aku ga mampu tuk bernafas.

Hah, tu dia.. keluar slang Indonesia. I have indonesian blood somewhere. And thai, and indian and etc. kot. Wallahualam. Nak tanya, malu. Nak kaji sendiri, malas. So mari mula menulis.



Nama aku Sarah, dan bila aku sedih, aku akan mula menulis. Dulu, waktu sekolah, kelas BI aku suka gila. Sebab aku punya karangan seriously akan panjang sangat. I usually put myself in the story so that, I could release all of the pain that I have in my heart. The ache. Damn, i miss writing stuff.



Karangan SPM BI 2013 tu, percayalah, aku tulis panjang. masuk 4 pages tak silap aku. Wallahualam. Tajuk apa? About feeling alone.


Aku akan tulis balik cerita tu sekat sini. Tapi dalam versi bahasa melayu dan mungkin berubah sedikit cerita dia because aku dah tak berapa ingat dan aku ubah ikut suka hati.


















Nama aku Jamiy Lyn. Aku nak tanya pernah tak korang rasa keseorangan? Penat? Aku pun penat dengan rasa keseorangan. Dulu aku tak macam ni. Dulu, aku, mama dan papa selalu bersama. Papa dulu kerja biasa aje. Kerja kerja buruh. Walaupun kerja biasa, aku gembira sebab, pagi-pagi lagi, Mama akan sediakan sarapan untuk kami, dan bekal makanan untuk aku dan Papa.



Makan sama-sama, tengok tv sama-sama, keluar berjalan bersama-sama. Semua bersama.



Tapi semua tu berubah.



Papa terjumpa tiket loteri dekat mana aku pun tak tahu. Tapi yang pasti nya kerana sekeping kertas tu semua berubah.



Tiket tu menyebabkan keluarga aku jadi kaya. Mungkin bagi kamu, ini semua bagus. Sekurang-kurangnya ada duit dah hilang semua rasa sedih, rasa kesempitan hidup. Tapi tak.


Sejak Papa menang, Papa dan Mama sering keluar. Keluar rumah untuk melabur duit mereka. Dalam saham, dan dalam pelbagai jenis perniagaan.


Ya, aku kaya. Tapi aku rindu kehidupan dulu. Biarlah susah. Tapi sekurang-kurangnya aku rasa bahagia. Mama dan Papa pun setiap  hari aku tengok muka berkerut aje. Kerut yang amat. 



"Cik Puan, tadi kata nak pergi ke pusat membeli-belah?", panggilan Pak Li mengejutkan aku dari lamunan. Ini driver aku. 


"Ye lah", aku berkata sambil menuju ke arah kereta.



Pak Li membukakan pintu kereta. Aku masuk ke dalam. Mungkin dengan membeli-belah, aku boleh membeli sedikit kebahagian.


Sampai ke pusat membeli-belah, aku suruh Pak Li tunggu aku di tempat parking sahaja sebab aku cuma nak berseorangan sahaja. Di tepi bangunan pusat membeli-belah, ada seorang Mak Cik tua dan seorang budak kecil. 

Aku hulurkan wang not RM50 kepada Mak Cik itu. Lantaklah, banyak sangat ke apa. Aku kisah apa. Mama dan Papa pun tak perasan pun duit luak.




"Mak, apa ni mak? Duit ke? Selau dapat warna putih dengan biru je?"

"Ye nak, ni duit, 50 ringgit. Terima kasih dekat akak tu tadi"

"Eh, macam mana tu?"

"Banyak tu. Macam fishball yang Alif selalu beli tu, dengan duit biru boleh beli sebatang aje. Tapi dengan ni, boleh beli 50 batang"

"Wah, banyak tu mak. Nak beli lah, beli fishball 2 batang boleh?"

"Eh, kenapa 2 batang aje?"

"Duit lebih tu boleh simpan. Lagipun boleh beli makan mak juga."




Aku tersentap.


Aku tak tahu nak buat apa.




Aku terdengar semua. Aku cuma berdiri membelakangi mereka. Aku kuatkan diri untuk berjalan ke arah mereka.




Aku bawa balik mereka pulang. Mula-mula mereka risau. Tapi aku yakinkan mereka. Mereka ada cakap pasal makanan halal haram. Mula-mula aku  tak faham. Tapi Pak Cik Li ada terangkan dekat aku. 


Pak Cik Li pun sebenarnya risau. Takut Mama dan Papa tahu. Tapi aku tak kisah. Sebab ada bilik yang memang Mama dan Papa memang takkan lalu pun dekat rumah tu. Lagipun, Mama dan Papa bukan selalu pun ada dekat rumah. Ada sampai seminggu tak balik sebab pergi Langkawi dengan rakan niaga.



Aku kini dah tak keseorangan lagi. Aku mula rasa gembira. Petang selepas sekolah, aku selalu makan di gerai mamak dengan Mak Cik Rokiah dan Alif.



Tapi rahsia aku tak bertahan lama. Mama dan Papa tiba-tiba tergerak hati untuk ke bilik itu. Aku terpaksa menjelaskan segalanya.


Mama dan Papa menitiskan air mata selepas aku puas menerangkan yang aku rasa keseorangan. Sangat keseorangan.



Mama dan Papa pun mengizinkan Mak Cik Rokiah dan Alif untuk terus bersama kami. Tapi Papa belikan Makcik Rokiah rumah baru yang tidak jauh dengan kami dan mendaftarkan Alif ke sekolah.





--------- Aku tak ingat ending macam mana. So.....dah habis lah kot.


Hahaha. K dah, I'm feeling so much better now. ^^


Post a Comment