Thursday, November 27, 2014

Halu :)

Assalamualaikum. Halu, ada orang ke?


Halu.... 




Petang tadi hantar mama ke airport, kapal terbang terbang takde pilot cause I'm so fly.


Eh eh.. terlebih sudah.. Mama nak pergi Colombo. Eh? Ke Sri Lanka? Eh sama je ke? HOHOHOH..












Di haplod dan di edit untuk menjaga privasi memasing. Ecewah, ayat tak buleh blah. Macam retis aje. Macam Captain Encik Mimpi fulaks.


Anyway, doakan Mama pergi and pulang dengan selamat yeh. :)

Thanks.




Oh, patutnya mama naik Sri Lanka Air(line) (tak tau ada ke tak line tu. Tetiba tukar MAS. 

Hmm..


Harap semua ok je kat sana :D Mama insya-Allah balik Isnin ni. 

Pergi trip dengan kawan untuk something. Something apa tu? Nantikaaaan.. eceh :D













Tadi dekat tv ada cerita kat tv3. Best tu memang best. Tapi malas la nak follow. Cerita dia tak cliche sangat kot. Sebab involve flashback masa sekolah dll.. Hah. Hmm. Tak macam cerita sekarang sangatlah. Kalau based on novel most of the plot yang aku ter alih or ada orang cerita mesti ada kahwin paksa or tangkap basah, then kahwin. Obstacle sebab ex tak boleh nak move on, mak tak kasi hubungan panjang, konflik dalaman, lepas tu selesai and happy ending. Oh, kalau boleh ada part pregnant, lepastu beranak pada waktu yang tak dijangka. Yes, bosan. Aku kalau tengok tv, aku cari spongebob. 

Thursday, November 20, 2014

Kerana luka habis tuala doraemon dikerjakan.



Ok.
Assalamualaikum.

Aku ada luka kat jari telunjuk kiri masa aku kecik. Sampai sekarang parut ada lagi.. Haha

Masa tu main dengan cousin kat kampung. Umur macam kurang 7 tahun lah... Bukan main masak-masak. Main potong daun. Amik parang dari mana ntah pastu potong. Bajet cool lah aku ni. Last-last pak! Kena jari telunjuk kiri. Nasib baik tak putus. -____-

Kuku terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian kanan or kiri ( i think kanan kot) habis tak boleh diselamatkan. Kena buang. Pastu kuku kiri still attached dengan kulit.

Tak sakit sebab rasa takut kepada mama mengatasi segalanya. Darah banyak keluar. Pastu amik tuala doraemon aku pastu lap and balut luka. Masa nak balik KL balik kot mak aku pack barang. Dia nampak tuala tu banyak giler darah. She asked me kenapa berdarah.

JENG JENG JENG.

Dengan cool nya aku jawab "Gigi berdarah". Cool tapi terketar kot. My mom pun percaya... Dia tak nampak pun luka kat jari ni hah...

months or years after that I told her the truth. Syukur alhamdulillah tak kena marah. Hahaha...

Btw, sampai sekarang kuku jari telunjuk kiri terbahagi kepada dua walaupun still attached together. Hahaha.. Want to see it? Wait aaa..

Next post insya-Allah.

Cool kan main kat kampung. Tak macam budak sekarang, balik kampung tanya password wifi. Tak senonoh. (aku pun buat jugak) hahah


Updated :) nampak kan? Parut terbelah

Manusia Tembakul.

Before you read this, please bear in your mind, pos ini hanya untuk peringatan orang Islam atau mana-mana agama yang meghalang lelaki berpakaian seperti perempuan atau vice versa. If your religion memang meng-ok kan transgender ni, boleh berhenti baca sampai sini.

standard la tu syarat tulis kecik. Uhuk.



Ikan Belacak atau juga dikenali dengan nama Ikan Tembakul atau Ikan Belodok merupakan ahli subkeluarga Oxudercinae(Suku: Periophtalmini), dalam famili Gobiidae(Gobies). Ikan belacak merupakan ikan amfibia.....



Aaah, korang baca la sendiri kat wikipedia. Aku copy dari Wikipedia aje ni.

Buat apa nak cakap pasal Ikan Tembakul ni kalau aku sebenarnya nak cakap pasal orang. 


Orang Tembakul. Ok, aku kenal ikan ni daripada cerita lama, Batu Belah Batu Bertangkup. Aku malas nak baca wikipedia atau berdasarkan fakta ke apa ke. Yang kaitkan ikan ni dengan orang adalah, sifat dua alam (ini bukan fakta saintifik ke apa tapi cuma pandangan aku, aku malas nak baca wikipedia panjang-panjang)



Aku cakap pasal manusia dua alam.


Orang yang pada sesetengah keadaan berubah identiti. Macam ada alter ego. Tapi lebih tepat sekarang aku nak cakap pasal lelaki berpakaian perempuan.


Kalau korang tengok sekarang, daripada page troll yang terkenal sekarang, diorang pernah bahan satu golongan yang diorang sendiri gelarkan diri mereka Katakan Ya Kepada Ais (ok bukan nama sebenar. Aku malas nak taip betul-betul sebab aku malas)


Alkisahnya aku ni kira boleh tahan la jugak dalam hal-hal "mencari maklumat" ni. Ok ehem, bukan stalk ya sahabat, aku cuma curious.

Dan ke-curious-an aku tu perlahan-lahan rasa simpati dekat diorang bergroup ni.

Sebab, diorang ni golongan budak sekolah aje. Siapa tahu kalau sampai keluar sekolah pun macam ini, masih tak straight.


Aku tak tau la diorang ni straight ke, bengkok sikit ke. Tapi gaya baju diorang tu.... nauzubillah, aku harap mereka masih straight.


To be honest, as a dude, seriously, they are handsome. What makes them think wearing a woman's dress will make them more 'pretty'.


Sesehebat mana pun adik nak jadi pakai baju perempuan, atau lebih teruk nak jadi perempuan "tulen" ingatlah dik, kau orang Islam. Berdosa dik. Adik percaya alam roh tak dik, Akak nak cakap, macam mana kau ubah semua luar atau dalam kau, buat plastic surgery ke apa, bagi akak, your inner soul is a dude. A man, a leader.

Akak takut mula-mula cuba, suka, dan akhir sekali nak 'jadi' perempuan. Tak kisahlah sotong sikit ke lebih tapi perlu ke adik pakai baju perempuan.

It's just... I don't get it. Do you dress like this in front of your familes? In front of your teachers? 


Why not? Takut kena sebat? Takut kena libas. Lek dik, libas sini sakit sekejap. Kat sana kalau teruskan macam ni, akak tak tau la adik.


Ye ye akak bukannya confirm masuk syurga pun. Akak sendiri pun tak tahu pengakhiran akak macam mana. 


Sedangkan seorang pelacur pun boleh masuk syurga kan dik? Akak pun haraplah, our ibadah ni melayakkan diri kita masuk syurga. Walau hina macam mana pun.


Akak harap one day kita berjumpa dekat syurga eh adik. OK :)

Insya-Allah.


Adik mesti pernah dengarkan Allah melaknat lelaki berpakaian perempuan dan vice versa? Bayangkan, adik dah berubah jadi baik tapi satu dosa ni aje yang menghalang kaki adik yang mungkin hanya selangkah ke syurga.

Frust tak? Katakan tunggu dekat pintu syurga tapi tak boleh masuk?


Memang la solat. Tapi kadang-kadang dosa kecik yang berkumpul everytime we do after solat boleh tarik peluang ke syurga..


Semoga berubah dengan jayanya! Chaiyok :D


(takda gambar sebab malas nak letak entri bergambar sebab kalau suatu hari nanti diorang berubah, aku masih tak padam gambar diorang)


P/s: Akak, abang, adik atau mana-mana keluarga yang berkenaan, sila ke page troll tersebut. Mungkin ada famili anda. Mungkin FB profile anak/saudara/adik/kakak yang selama ini korang nampak hanyalah topeng menutup akaun Fb yang meng-post keaiban diorang sendiri.



P/s: Aku bukan Ustazah, apatah lagi ustadjah. Gelaran terlalu tinggi. Buat malu ustazah tulen aje.


Pesanan last sekali dik. Adik serius hensem dik. Boleh jadi model. Tapi model laki la. Ala. Adik pun lelaki kan? Takkan nak jadi model tudung pulak. Jadi maskulin sikit. Hensem dik. Lagi popular yang positif dari popular sebab kena caci. (Ehem, tapi takyah la kejar popular sangat)

Sunday, March 23, 2014

kasut kau.

masa aku punya takde,
kau punya lari.

aku ingat aku ada kat dalam kasut kau,
aku dok suruh kau terima kau punya.

bila aku punya diganti,
diganti oleh yang haus.

Baru aku faham maksud kau.
aku takde dalam kasut kau.
kasut kau,  kau punya.
kasut aku, aku punya.

kasut kita semua lain. walau nampak sama.

walau saiz sama, rasanya berbeza

Sunday, January 26, 2014

naime ist Sarah.

ok

aku tengah rasa kosong sekarang ni. Kosong sepeerti seekor kambing yang meragut rumput secara mengkhinzir buta. Entahlah. Aku pun tak tau benda apa aku meapu ni. Nanti je la aku letak balik semua post.

kboi

Assalamualaikum.

I'm still alive . ehe :D



update 2016.
tak

Wednesday, January 1, 2014

Tak senonoh.

Aku buat something yang tak senonoh.

Well actually bukan yang ewww geli.. Maksud aku.. Benda yang pelik. Note to others aku panggil hampir semua benda tak senonoh so dun git konfius.

Erm..
Aku kikis kuku aku pakai pengikis sampai hilang shape kuku aku. T_T

Leka tengok tv, tau-tau kuku aku dah pelik gilos dah shapenya.....
Insaf.

Ok ok.
Assalamualaikum 2014. :D

I hope this year lagi bombastik dari tahun sebelum-sebelumnya :)

Insya-Allah.

Oh macam mana aku sambut New Year?

Aku guling-guling dari tangga.

Ceh ceh. Ceq gurau je noo.. Dun take heart. Take hempedu je. Ohohoho

Ok sebenarnya aku tengok cerita Hantu Kapcai sambil ketip/ketik kuku.

Sedar-sedar dah bunyi bunga api. Hahaha..

So macam tu lah :)

So.

Assalamualaikum. :)

Btw, tau tak kadang-kadang, bila ada orang post sesuatu di fb pastu adalah makhluk tuhan ni post komen "Saya di sini bukanlah untuk memberi komen, saya cuma ingin berkongsi resipi..."

At first, benda ni macam lawak. Tapi bila dah lama jadi annoying. Kalau kau tak mau komen tak yah lah komen. Tak payah tinggalkan resepi kau tu. Kalau aku nak goreang mee ke apa ke pepandailah aku google. Aku nak baca komen orang lain, komen spesis kau jugak yang ada.

Oh. Btw sebenarnya, aku jarang post atau tak post atau hide kan gambar aku sebab ada sebab.

1. Aku paranoid. Aku takut orang curi gambar aku, buat benda tak senonoh.

2. Aku taknak ada poser. Serius lee aku kenal seorang poser ni. Dia junior sekolah aku. Sesuka hati dia je buat account twitter tapi pakai gambar orang lain, tukar nama pastu beramah mesra dengan orang lain pastu menipu.

Speaking of twitter, I dah lama deactivated my twitter. So I DO NOT HAVE TWITTER.

Speaking of poser pulak, kau tau tak once kau upload gambar dekat internet, boleh kira SELAMAnya gambar tu di dunia alam maya. Tak percaya, kau google nama kau. Akan muncul gambar lama kau walaupun kau dah delete dah gambar tu dari myspace.

Bahaya kan?

3. I'm too pretty. (bluegh) . Just kidding. Me no pretty no use u look at me.

4. I shy-shy cat mehh..

5. I tak pernah makan sushi. Eh wait. Pernah lah sekali.

6. Nombor 5 takda kena mengena.

7. I jarang tangkap gambar/selfie ke apa ke.

8. Kalau dekat rumah, I tak rajin nak sarung tudung semata-mata nak tangkap gambar.

9. Takut aku ter-upload gambar yang tak menepati hukum tutup aurat. Aurat besa or yang kecil.. You know, pergelangan tangan, dan lain-lain.

10. Tak nak gambar pun.

11. ...nanti aku fikir lagi.

12. Kalau family aku ke apa je terjumpa blog ni, biar diorang ragu-ragu betul ke ni blog aku.

13. Lambatlah nak upload gambar bagai.

15. Malas.

16. Tak perasan ke no. 14 takde?

17. Aku tak berapa suka orang tengok aku. Sebab aku adalah seorang loner.

18. Ok. Terpanjang pula.