Monday, December 2, 2013

Semangat itu sungguh fragile. ecewah.

ok. Assalamualaikum. :*

IIH GEDIKS.


Peristiwa 1.


Aku punya sekolah buat lah bengkel menjawab sejarah. Belum apa-apa the peng-amenda-namayna-oh-yeah-cikgu. The teacher dah cakap,

"Yea, saya tau, Sejarah ni bosan, mengantuk...."

Aku kat situ macam ternganga jap. Aku suka subjek Sejarah. ye aku tahu. sangat rare. aku bukan ternganga sebab aku suka Sejarah. Tapi sebab belum apa-apa cikgu tu dah condemn subjek sejarah tu dekat student. Macam suruh the students to hate Sejarah. 

Teacher, kalau nak buat someone tu inspired belajar sejarah, kena buat dia suka sejarah. bukan condemn sejarah. luls. aku rasa macam....... I NEED TO GET OUT OF HEYAAAH!!



Peristiwa 2

"Awak jangan menyesal nanti.. blalalalallaal"

hey sayang, belum apa-apa dah kata jangan menyesal. Dahlah tak pernah nak build up semangat orang. tau nak runtuhkan sahaja. Cubalah cakap "saya tahu awak boleh buat" ke apa ke. ni, puji pun tak pernah, hobinya condemn orang. haiyo. kalau satu hari orang yang awak doakan kecundang tu nanti betul-betul kecundang, ingat tu bukan salah dia 100%.

Awak pun ada saham salah. TAHU TAK SEMNGAT, SPIRIT, SOUL seseorang tu sungguh fragile?


Peristiwa 3

(cewah. macam kes jenayah je tulis. Huauahuah)


"Saya tau awak boleh buat, awak ni saya tengok bukan tak pandai, cuma malas sikit je"

"Ala, dulu saya pun macam kamu jugak, tapi in the end ok je. Tawakkal je lah"

Korang tahu tak kata-kata macam ni mampu buat seseorang tu menangis. SERIUS WA CAKAP LUH.buat-buat je tough tapi dalam hati berbunga-bunga sebab ada orang puji. Bila orang puji, sekaligus semangat meningkat, confidence pun meningkat. Nak buat kerja pun tersengih macam kerang busuk wangi.

Haaa, cenggitu yang kita nak. Bukan condemn.

seriously aku rasa orang yang suka condemn orang ni macam ada awan hitam selalu follow kat kepala diorang.



Please, tak semua mampu untuk menjadi perfect in everything, to excel in everything. Mana tahu tuhan jadikan sesuatu kegagalan dekat dia untuk dia berjaya suatu hari nanti.. (cewah ayat aku macam dah hidup 100 tahun. haha takpe, panduan untuk diri sendiri and maybe parents) 


Gagal adalah perkataan taboo.

aku sendiri takut dengan perkataan tu.
apa orang cakap nanti? apa parent aku cakap nanti? family aku?


Mungkin dapat cacian, pandangan sleck etc.


SEEEE BANYAK ORANG TAKUT GAGAL SEBAB TAKUT APA ORANG CAKAP.


HUH.



Oleh itu mai angkat tangan kita doa 

"Ya, Allah ya Tuhanku, berikan aku kejayaan, bkn untuk membongkakkan, tetapi untuk kebaikan semua. Jahkanlah kegagalan ya Allah"

Amin.


ceeh, tulis panjang-panjang bukan sebab apa pun, nak minta korang doakan aku dapat keputusan yang awesome dalam spm. heh heh heh.. *sengih*


HEHE, aku pun doakan korang dapat ke-awesome-an dalam hidup korang, tak kira lah result spm ke, dinner malam esok ke, result apa-apa pun ke apa ke :D




gambar grad dekat sekolah. pengetua ingat nak buat kat taylor's ke apa ntah. tapi entah cane, tak jadi pulak. hahaha. lantokle, dah buat kat sekolah senang sikit transportation, senang parents nak mai. aku yang mana? entah.
haha. pakai robe tu pun tak reti. BHAHAHA rilek, kat gambar official elok je sebab dah bela ;)

so yeah.



famous last words?


Tak nak fail.



_________________
2017 update.
you're almost 21 Sarah.
I'm proud of you.
Your spm result sucks actually.
but that's cool.
no one can control you now.
you're doing something that you like. 
FIGHTING!




Post a Comment